Saturday 6 August 2011

Lelaki K.A.C.A.K


Salam semua..

Harini barulah aku ada masa nak update blog yang tak seberapa ni..hehe sempena bulan Ramadhan al-Mubarak ni..bulan yang sangat Mulia..marilah kite meningkat lagi amal Ibadah kita bukan setakat berpuasa atau sembahyang sunat tarawih..tapi amalkanlah juga membaca Al-Quran..jom kawan2 hayati satu hadis yang sangat menarik kat bawah nih..


Siapa "lelaki kacak" itu....
Hadis yang Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.' Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
Saat Anda membawa Al-Quran, syaitan biasa-biasa saja... tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari…. ia stroke
Teruskn membaca & mengamalkannya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata " JANGAN SEBARKAN  kerana ia tidak penting langsung. Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.
'


`SEBAIK-BAIK MANUSIA IALAH YANG LEBIH BERMANAFAAT KEPADA MANUSIA LAIN' - Hadith Tabrani

Renungkan2 dan selamat beramal...



Bacalah..hayatilah..fahamilah..renungkanlah..

Hati kita akan rase sangat tenang bila kita membacanya..aaminn..ayuh kawan2 kita baca 
Al-Quran


3 comments:

nazirah said...

info yg baik rin
:)

Unknown said...

insyaallah..hari2 tak miss bce..tak byk 1 ms pon bce gak :) hee
nice entry~

Neerza Azreen said...

naz~ hehe sharing is caring..love my fren so much..hehe

rihiki~ ai romlah..hehe kan kan..at least sehari lepas solat disiplin kan diri untuk membaca al-Quran..itulah hebatnye Islam..